Dolly Mustache
You have been here,welcome | Dashboard | +Follow
Stupid rules.
Thursday 26 December 2013 | 14:45 | 0 mustaches

Heyyo people.

Semalam dah dapat new school uniform. Sepasang je lah, mama suruh pakai yang lamo.

Aku dah tahu dapat kelas apa and alhamdulilah, naik kelas. And tak sangka pulak mimpi yg aku satu kelas dgn izzah tu betul. Alhamdulilah jugak masih sama kelas dgn siblings 2ue tapi cuma sorang dari siblings 2ue je takde, amir hm. Aku ingat lagi dulu waktu merdeka raya, kitorg 5 orang je yg kemas stall and amir gak yg takde dgn kitorg. Eh hahahaha teringat pulak time tuh. Kenangan.. Agaknya mana tah pergi gambar2 tuh hmm..

Haritu out dengan cousins pegi alamanda, celebrated birthday alang dgn adam mukhris. Spatutnya dtg pada waktu yg dah ditetapkan tapi kitorg dtg sejam awal dari waktu tuh. Round satu alamanda dulu lah :b seriously memang ramai gila manusia dekat situ. Sesak gila -.- tiket wayang habis, bowling pun penuh. Kat situ aku nampak ramai budak sekolah ah. While kitorang pusing2 tuh, mata melilau jugak ah, nak carik kek besauu untuk celebrate birthday alang dgn adam kat fridays lepastu. Payah nak jumpa and last2 kitorang gi tanya kat sorang manusia ni kat mana kedai kek and dia cakap dkt tingkat bla bla bla luar mall. Secret recipes. Kitorg pun bedal je lah kek situ even mahal and aku cakap kat diorang "bukannya selalu pun out camnie" and kek tu nak cecah rm1++ jugak ah. Duit kek duit dorang and sikit pun duit aku tak ada time nak bayar tuh hahahaha :p after dah dapat kek tu kitorang call la diorang semua, pakcik makcik aku semua tuh suruh jumpa dekat fridays. Time makan tu, rm4++ bill. Terngango den hahaha. Pekerja fridays tu macam terpaksa je join celebrating kitorang doh. Hahahaha memasing muka terpaksa je aku nengok nyerr :P tapi nice lah diorang join sekali and bagi semangat apa semua. But tu lah, aku tak berapa masuk sangat dgn dishes kat situ. Time tuh aku memang mengidam laksa tomyam je hahahaha aku bagitahu makcik aku yg aku teringin nak makan laksa tomyam tapi dia boleh cakap "asyik makan makanan melayu je, makan lah yg macamni pulak" then semua gelak. After that, kitorang balik rumah acik. Duduk sana sampai pukul 1 pagi. Tengok movie lah, makan ini lah makan itulah, lawan game lah, pastu rezeki aku dapat baju lawa2 satu beg dari acik, yang lain semua jealous je hahaha :p

Seminggu je lagi sekolah nak bukak dah. Aku macam tak ready lah pulak. Haih tadi kena tazkirah dari bapak aku. Pastu mak aku pulak, "tahun depan no more tv, mama akan cabut wayar tv astro semua, waktu cuti je boleh tengok tv. No more internet, wifi mama bukak waktu cuti je. No more tidur after 10 o'clock, no more jalan2, no more lepak dgn kawan, no more bla bla bla" STUPID RULES. I'm fucking hate it. Nak nangis dengar semua tuh. Apa boleh buat -.- haih why ha why? Err..


Weird.
Tuesday 24 December 2013 | 14:35 | 0 mustaches


Assalammualaikum warga blogger :')

Aku nak cakap yang aku tersangat rindu kawan baik aku. Almost 1 month tak jumpa dia. And malam tadi dapat jugak secara kebetulan. The kebetulan nya is aku teman adik aku pergi belikan favourite food dia depan kedai baju and aku tengok kedai kawan aku tu bukak and aku suruh la adik aku pegi tengok kot kot ada kawan aku dalam kedai tu. Pastu adik aku panggil aku dari jauh kay aku pun pegi and belum masuk kedai dia lagi aku dah nampak muka dia terus aku menjerit then peluk dia melompat2. Alhamdulilah.. Lepas jugak rindu.. Even sekejap. Pastu tengok2 mata dia berair. Aku rasa dia nangis ah :/ aku tanya kenapa mata berair and dia boleh cakap sebab dia terkejut aku dtg terus jerit hahahahaha.
Okay tak sangka pulak nisha perasan aku tukar2 bio kat twitter ngehngehh -.- hahahaha malam tadi aku saja suruh nisha tengok kaki aku pastu boleh dia terkejut camtu pstuh dia cakap kaki aku dah besar hahahaha gila ah pastu dia cakap aku kuat tido. Manader doh. Seluar aku yang besar sebab aku pakai seluar bapak aku yang ketat, kata bapak aku lah tapi aku pakai besar :p

Pagi tadi pergi klinik and aku rasa harini memang pecah rekod ah because harini lah hari yg ubat paling banyak pernah aku dapat, dalam 20 item macamtulah, biasanya kalau aku dapat ubat tuh mesti dalam 5 or 6 7 item like that. Kes sakit banyak memey ubat banyak ah kan hahaha. Itupun mak aku kata nak pegi hospital tapi aku cakap takpayah, klinik ada buat apa nak pegi jauh2 an. Heee :p Semoga aku sihat macam biasa lepasni. *cakap dgn diri sendiri.

Lately nie aku taktahu kenapa aku asyik ketawa ketawa ketawa, since aku dah okay dgn bapak aku. But bila aku dah penat ketawa tu, aku mesti menanangis. Ha itu agak pelik la bagi aku. Kalau menangis tu kekadang because of aku teringat benda yang dah lepas ke, kekadang sebab aku kena marah, kena perli dengan manusia2 yang ada dgn aku ni, sebab aku terlalu marah, and ada jugak sebab aku baca or tgk cerita sedih hahahaha :p 
 
Mulai dari sekarang, aku nak control marah, control nafsu because bila aku maraaahhh je, nanti memacam benda gila aku buat -.- nak lepaskan geram lah katakan :p tapi bila aku tahan nafsu marah tu, aku mesti menangis. Itu yang kena panggil gedik dengan mak aku tuh. Kalau mak aku nampak aku menangis jek mesti akan keluar ayat ni dari mulut dia, "eleh, itupun nak menangis. Gedik diva kau ni." Dah selalu k dgn ayat mak aku tuh -.-
 
Guess what time is now? 6:30 am. Actually aku terjaga pukul 5 stengah macamtu. Disebabkan mimpi pelik aku tu lah, pastu boleh pulak terjaga -.- eh aku rasa pun dah takde mende kot nak naip ni. Jam loceng bilik mak aku tu pun dah berbunyik2, solat subuh. Bye reader(s). Cauu
 
 
If there is no UP and DOWN in life, so that is not a life.
Monday 23 December 2013 | 06:58 | 0 mustaches

Hello people. Alhamdulilah now aku dah sihat sikit, sikit je tak banyak :b tapi masih ada sikit2 sakitnya. Aku rasa dah masuk sebulan maybe aku sakit tak bebaik lagi. Ubat pun dah 2 minggu yg lepas dah habis. Nak makan ubat apa laginyaa. Huwaa xo
I'm so bored right now. So today no chat with him. He is busy i thought. Japgi pun dia dah nak kena masuk kerja. I just wish him all the best on his work. And i hope that he will never leave me behind like he's cheatting on me and have a TTM with other girls. Be loyal to each other walaupun berjauhan. I believe him.
Harini satu hari duduk rumah. Mengadap ipad, mengadap tv, cuci periuk senduk kuali tupperware sudip yg bertimbun selepas mama masak dan tak nak cuci balik, pinggan mangkuk cawan sudu garfu yg adik2 dah guna dan tak nak cuci balik, kemas rumah sikit2, makan, memarah, buat ini buat itu dan sebagainya hahaha :p memang itu pun kerja aku bila aku duduk rumah -.- tapi kalau ada benda lain pun, hahahaha okay dah shh diam.
Kalau aku boleh putarkan masa kan best :') semua orang nak macamtu. K. Banyak benda aku nak ubah bila aku dapat putarkan masa. Hahahahahaha k taknak citer pasal nie. Nak menangis rasa because i'm automatic fikir pasal kisah lama. Tapi aku rindu semua tu. Rindu gila2. Kisah lama ada sedih ada gembira. Aku rindu yang sedih dan juga yang gembira. Eh? Hahahaha its true.
Aku punya hidup nie penuh dengan impian, mimpi, angan2, dan yang sewaktu dengannya. Hahaha. I just want to be happy forever :') tapikan, aku percaya yang aku takkan boleh dapat semua yang aku impikan. Kebahagiaaan? Aku serah pada takdir. Eh tapi tapi, if i can dream of it, i can do it. Without usaha, kita memang takkan dapat capai impian. Usaha sendiri? Usaha dengan pertolongan? Sama je lah. I hope all my wish will come true. K stop dreaming la idiot.
"Maafkan aku, sekiranya tak termampu untuk mencurahkan semua isi hatiku. Ternyata tak terkata, rinduku padamu."

I'm back.
Friday 20 December 2013 | 12:42 | 0 mustaches

Almost 1 years tak sentuh blog and baru tadi aku dah delete postssssss daripada 80 jadi 23 je. Puas hati pulak aku rasa hahaha. Haaa.. Tetiba pulak aku jadi rindu nak berblogging nie. Itu yang aku update tetiba nie. Eceh tetiba lah sangat kann. Ekceli the time now is 3:40 am and ekceli lagi aku memang tak dapat nak lena entah kenapa. Ermm ermm lepas subuh maybe aku tidur.

Cuti sekolah nie rasa macam sekejap je. Buktinya pejam celik pejam celik, lagi seminggu lebih dah nak bukak sekolah. And i'll be 15th y/o, my adik will be 11th y/o and my adik bongsu will be 6th y/o. Uh not forget my mom will be 41 and my dad turning 43. See, the age is increasing. Saya sahut segala cabaran yang bakal datang (:

I'm being a adult soon. I guess it just 3 years more. Start from now on, i will try to be matured. Hahahaha. And start from now on jugak aku kena berfikiran panjang. Stay positive kalau boleh :) starttt frommm noww onnn toooo, aku nak belajar bebetul laa hahahaha aku buat lawak ke nie? (._.) pasni kena usaha banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyakkkk. Mama aku suruh aku tanamkan azam for masuk universiti. Lepas SPM of course -.- bukak sekolah nanti aku dah mula dihantarkan tuisyen oleh mama -.- kononnya aku ni ada PMR padahal takde tapi PBSMR. Aku pun taktahu la macam mana PBSMR tu. Tunggu je la nanti. Mama aku lagi tak tahu dan agaknya dia taknak amek tahu kot. Biar la. Tak penting kan :b

Start dari cuti sekolah sampai sekarang, muka kawan2 aku tak dapat tengok, lagi2 muka seorang kaum adam yang disayangi dan dicintai ni. Siapa dia? Biarlah aku dan tuhan saja yang tahu. *wipe tears.

Aku plan nak hang out dengan depa semua hujung bulan ni but seems i'm busy working with my mom. Hm hancus habis. Tahun depan yolah T_T

Bukak sekolah nanti? Aku rasa aku taknak jadi hyperactive sangat lah. Jadi budak baik. Okay aku buat lawak lagi nie -.- hahaha seriously dah taknak jadi budak yang tak jahat sangat and yang tak baik sangat tuhh xp itulah aku waktu umur aku 14. Lain pula bila umur aku waktu 13 tu. Jahatnya boleh la boleh laa~ :p baiknya pulak taklah menonjol sangat macamtu xp hahahaha okay aku rindu tahun 2012. I just miss the geng wanted :') banyak memori dengan diorang. Lagi2 dengan animal planet tu. RabbitDuckChicken. Susah senang bersama. Gelak menangis sama2. Duduk sama2. Berjalan sama2. Makan minum pun sama2. Tapi itu dulu. Tinggal kenangan :') now aku dah tak dengan dorang lagi. Aku pun taktahu aku dengan siapa skarang. Nishaa. Yee nishaa :') kawan since umur aku 11 tahun. Dan diminta supaya nishaa jadik pengapit aku bila aku kahwin nanti yee x'p

Aku? Entah. Dia? Lima bulan lebih dah bersama :') gaduh, as usual, menangis, ketawa, sedih, terharu, cemburu, sakit hati, marah, serbasalah, bersangka negatif, semuanya lah.. Dah aku harungi dengan baik. Alhamdulilah. I hope that we will be together until Jannah. Amin :'3 Haa aku ni dah mengada lampau dah ni. After SPM la fikir macamni kan? Tapi takpe, aku tunggu. >^<

Dah la tu kot? Macam dah takde mende je nak naip lagi.
Assalammualaikum and mornight sayang.


i'm disapointed with myself .. :'(
Sunday 16 September 2012 | 00:00 | 0 mustaches
haii :)
 so now ape kisah nye ? hahh ,, before that , i nk tnye .. u sihat ? dh makan ? alhamdulilah .. i miss u la :') .. abaikan -.- . k now aku sedih sangatttt :'( . kenapa ? hmmmmmmmmm .. kesian tgk kawan yg merana .. kenapa ? they all disappointed with me ! kenapa ? ... aku tahu aku dah berubah . aku dah jadi teruk ! teruk dari sebelum ni ! aku nak minta maaf sebab buat kau rasa kesal gila dgn aku . buat kau rase kecewa dgn aku .. persahabtan kita terbantut ! disebabkan aku 

anisha , kenapa aku paksa kau balik jalan kaki dgn aku time hari jumaat tu ? sebab aku nak kau tahu yg aku tak pinggirkan kau . kau selalu ckp , yg kau tak nak dipinggirkan .. aku selalu tak selalu dgn kau . aku selalu tinggalkan kau . okay aku mengaku yang aku ni lupa kawan bila dah jumpa kawan baru ! sorry sha :'( . aku selalu abaikan kau . selalu tak ajak kau . okayy . aku ajak kau buat apa yg aku buat . hmmm . . sebelum ni apa yg aku buat aku tak ajak kau . kau marah . kau nak tahu knp aku tak ajak kau ? sebab aku tak nak kau jadi teruk sama macam aku shaaaaa .. kau mana suka dgn perangai teruk ni . and sebab tu la aku tak ajak kau sekali .. sorry la sha .. and now kau benci gila dgn aku . 3 tahun dah kita berkawan . and now ? sha , kau nak tau apa . hubungan persahabatan kita terbantut . punca dari aku . kau tau tak tu ? harap kau tau . sha , kau jealous dgn aku . sebab  org ramai care pasal aku tahun ni . org ramai amek kesah pasal aku . kau jealous sangat sha . sha , mungkin tahun ni org care pasal aku and tahun pasni dah tak dah . nak tahu knp ? sebab org yg care pasal aku lepas ni dah boring care pasal aku lagi dah . and dah tak care lagi pasal aku . sha , kau jangan ingat tak ada org yg care pasal kau . ramai yg care  pasal kau . sedar sha .. ramai yg sayang kau . ramai care pasal kau :') . sorry lagi sekali sha . harap hubungan persahabatan kita lepas ni baik2 je . :') aku syg kau . and hope tahun depan kau still ada lagi dgn aku ..

izzah , aku selalu fly ken ? selalu ponteng kelas . kau marah bila aku buat mcm tu .. aku tak tau knp aku skrg dah suka fly .. rasanya dah mcm habit harian aku kat sekolah jee :'( . izzah , aku selalu pinggirkan kau ken ? selalu tak selalu dgn kau time sekolah . tak layan kau mcm sebelum ni . aku tinggalkan kau hanya untuk .............. hmmmm .. sorry :'( .. kau pun skrg dah tak suka dgn aku . kau happy dgn aliesha :') kau kecewa dgn aku :'( kauuuu ... hmmm . sorry sebab aku tinggalkan kau . izzah , syg kau :') ..

kenapa dulu kau senang faham aku tapi sekarang tak ? sekarang la yg aku harap sangat kau faham aku . sebab aku yg sekarang banyak masalah berbanding aku yg dulu yg  tak ada masalah apa2 pun .

., aku nak berubah . hanya kerana kau kawan :') . kau inginkan aku yang dulu , kan anis ? anis anis .. mulut jgn mcm hawau nis . sorry cakap kau mcm tu anis :'( tapi mmg betul pun . maruah aku jgn kau cerita kat org lain .. anis n intan . sama je korg kan :') suka tambah cerita and ceritakan benda tu kat org ramai tanpa pengetahuan aku . hmm . and now kan , semua org nak marah2 aku . semua org dah benci dgn aku . sorry sebab buat korg rasa mcm tu kat aku x'( .. aku harap sangat aku boleh putarkan masa kebelakang . :'/
izzah , happy bornday yg ke-13 kali :') hope kau happy selalu and not have to much trouble .. buang yg lama , mula yg baru izzah . ingat , hidup ni ada byk persinggahan . faham kan je la izzah :') . hidup ni tak semestinya bebas . ada masa susah dan ada juga masa senang . adakalanya , kita ditahan . adakalanya juga , kita diseksa , dibelasah .. dan tu lah sebabnya hidup ni tak semestinya bebas . hidup , penuh dgn dugaan . dalam derita ada bahagia . dalam gembira mungkin terselit duka . tak siapa tahu .. :') hanya mampu terimanya dgn hati yg erbuka . >redha<
 
perpisan aku dgn kau makin lama maki dekat dgn aku . kenapa ? :'( aku harap yg tu cuma perasaan aku je .. kadang rasa tu betul n akan terjadi tak lama lagi . kadang cuma perasaan je .. hmm . mana yg aku nak kena percaya ? betul ke atau cuma perasaan je .. aku rindu kau . nak jumpa kau . nak tatap muka kau . nak pegang erat tangan kau .. tapi yg aku dapat ? aku tak lepas berdoa agar kau sentiasa selamat di luar sana .. >jiwang gilaa xP< .. haha :']

Older Post
Welcome

Hello people. I'm Tasya, a teenager, sweet 5teen. In KLIA.


Navigations

About Entries